13 Jan 2013

Laporan Sukan Antara Fakulti (SAF 2012)


Program          : Sukan Antara Fakulti
Tarikh              : 03 – 16 disember 2011
            Tempat            : 1. Kompleks Sukan UiTM
                                       2. Kolam Renang UiTM
                                       3. Sunway Piramid (Tenpin Bowling)
                                       4. Stadium Hoki Bukit Jalil
                                       5. Bukit Bandaraya Seksyen 8, Shah Alam

Sukan antara fakulti ialah acara tahunan Fakulti Sains Kesihatan yang dianjurkan oleh Pusat Sukan UiTM Shah Alam dan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para mahasiswa dan mahasiswi untuk mengetahui jenis-jenis sukan selain melahirkan para pelajar dan warga Fakulti Sains Kesihatan yang mempunyai penguasaan bukan sahaja dalam bidang akademik malahan dalam bidang kokurikulum. Sukan Antara Fakulti juga bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara semua pihak di dalam program ini dan mampu memupuk semangat perpaduan. Seramai 450 atlet telah mewakili SAF serta sebanyak 25 acara disertai oleh atlet FSK pada tahun ini.

Sekretariat Mahasiswa fakulti telah diberi kepercayaan untuk merencana program ini di peringkat fakulti. Antara objektif SAF 2012 ialah melahirkan para pelajar serta warga Fakulti Sains Kesihatan yang mempunyai penguasan bukan sahaja dalam bidang akademik malahan dalam bidang kokurikulum, memberi pendedahan kepada mahasiswa di fakulti ini kepada aktiviti luar, mewujudkan semangat kesukanan dan semangat kerjasama sepasukan dan sekali gus merapatkan lagi jalinan ukhwah antara fakulti lain, menjadi wadah kepada mahasiswa untuk mengaplikasikan teori berkaitan sukan dan minda serta tubuh badan demi kesihatan diri individu tersebut dan seterusnya memberi peluang kepada pelajar untuk merancang, mengurus dan membentuk sebuah pasukan yang mantap dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi.

            Sepanjang SAF pada kali ini, kontinjen FSK telah berjaya merangkul sebanyak 1 pingat emas daripada pasukan senamrobik wanita, 2 pingat perak  daripada pasukan bola baling wanita dan lelaki serta 1 pingat gangsa daripada bola keranjang lelaki. Peningkatan dalam pungutan pingat daripada kontinjen FSK amat membanggakan dan Kontinjen FSK berjaya menambahbaik kedudukan untuk berada di tangga ke-14 berbanding di tangga ke-18 pada SAF 2011. 

Laporan Dialog Bersama Dekan (DBD 2012)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 30 November 2012 yang lalu, Sekretariat Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan (SMF FSK) bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2012/13 sekali lagi telah mengadakan satu program tahunan fakulti iaitu DIALOG BERSAMA DEKAN (DBD). Penglibatan para pelajar pada hari berkenaan amat memberangsangkan dan ia telah melibatkan mahasiswa dari ke lapan-lapan persatuan dalaman Fakulti Sains Kesihatan. Butiran program berkenaan adalah seperti berikut: 
Program          : Dialog Bersama Dekan 
Tarikh              : 30 November 2012
Masa               : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat            : Dewan Kuliah 2, FSK 6


Dialog Bersama Dekan adalah program yang menggabungkan semua pengurusan tertinggi fakulti, staf UiTM dan wakil-wakil pemimpin pelajar Fakulti Sains Kesihatan. Program ini merupakan satu medium untuk para pemimpin pelajar dari persatuan dalaman dan wakil-wakil kelas bagi menyampaikan suara mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan.

Antara objektif program ini adalah menyampaikan segala maklumat yang terbaru kepada mahasiswa fakulti sama ada yang melibatkan akademik mahupun fasiliti. Di samping itu, melalui penganjuran program sebegini ia juga dapat memberi pendedahan dan panduan kepada mahasiswa mengenai pengurusan di peringkat fakulti dan memberi peluang kepada mahasiswa untuk menyuarakan permasalahan  yang dihadapi mahupun pendapat secara terus dengan pihak pengurusan fakulti. Malah, para pengurusan tertinggi Fakulti juga dapat menjawab  segala permasalahan yang timbul dalam kalangan mahasiswa  yang merangkumi aspek akademik dan fasiliti di fakulti. Selain itu, hubungan silaturrahim antara pihak pengurusan fakulti dan mahasiswa  dapat dieratkan dalam satu majlis rasmi sebegini. Pada masa yang sama, para pelajar juga diperkenalkan barisan MPP dan SMF sesi 2012/2013.

Seramai 25 orang staf UiTM Puncak Alam dan 96 orang pelajar telah hadir bagi memeriahkan program. Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah Dr. Hamzah Fansuri bin Hassan (Dekan FSK), Prof. Madya Wan Kamil bin Wan Mohamad (Timb. Dekan Hal Ehwal Akademik),  Dr. Mohd Hanafi Ali (Timb. Dekan Hal Ehwal Pelajar),  Dr. Masyitah Mohamad Lokman (Pegawai Unit Kesihatan),  En. Ahmad Omar Bin Yaman (Pegawai Unit Pengurusan Kolej Kediaman),  Pn. Noraisah Binti Yusop (Penolong Pegawai Pentadbiran),  Pn. Rose Hanita Bt Ahmad (Timbalan Pengarah Unit Fasiliti) dan Pn. Nik Annita Nik Omar (Timbalan Ketua Pustakawan).

Diharap melalui pelaksanaan program ini, segala aduan dan perkara-perkara yang berkaitan dapat disalurkan kepada pihak pengurusan sekaligus memudahkan pihak pengurusan membuat segala perancangan untuk pada masa akan datang. 

Aturcara Program
02.45 pm: Pendaftaran Pelajar
03.00 pm: Ketibaan tetamu jemputan dan vip
03.05 pm: Nyanyian lagu negaraku dan wawasan setia warga UiTM
03.10 pm: Bacaan doa
03.15 pm: Ucapan Pengarah Program
03.20 pm: Ucapan perasmian oleh Dekan
03.30 pm: Pengenalan pengurusan tertinggi fakulti
03.40 pm: Penyerahan watikah kepada penasihat SMF
03.45 pm: Pengenalan MPP dan SMF
03.50 pm: Sesi soal jawab bersama dekan dan staf fakulti
04.50 pm: Nyanyian lagu Uitm Dihatiku
04.55 pm: Jamuan makan
05.00 pm: Bersurai

Antara gambar sepanjang program berlangsung:

 Pendaftaran Staf UiTM dan pelajar-pelajar yang hadir


Ketibaan tetamu kehormat masuk ke dalam dewan

 Barisan Pengurusan Tertinggi Fakulti, Presiden SMF, Pengarah Program dan MPP

 Ucapan dan Perasmian oleh Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Dr. Hamzah Fansuri Hassan

Sesi dialog

Di kesempatan ini, kami dari barisan kepimpinan MPP & SMF menyusun sepuluh jari seandainya ada kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang daripada kami sendiri. Semoga Fakulti Sains Kesihatan terus cemerlang, gemilang dan terbilang!  Sekian terima kasih.

We ♥ FSK!


Yang benar,

Norhaniza Ahmad Rizan
Pengarah Dialog Bersama Dekan (DBD 2012)
Merangkap Exco Aduan & Kebajikan Pelajar SMF Sesi 2012/13


21 Dec 2012

SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali, selamat datang kepada saudara saudari ke Blog SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI SAINS KESIHATAN. Untuk pengetahuan kalian, blog ini baru sahaja diwujudkan seperti tarikh tertera. Ia adalah salah satu wadah untuk menyalurkan sebarang maklumat-maklumat terutamanya program anjuran SMF dan MPP serta sebarang aktivit Fakulti Sains Kesihatan. Malah para pelajar juga boleh berinteraksi secara maya melalui ruang sembang yang disediakan.

Kalian boleh membaca laporan-laporan aktiviti SMF/MPP bermula sesi ini 2012/13 pada entry berikutnya. Sebagai permulaan, kami mengalu-alukan sebarang cadangan mahupun pendapat berkenaan penambahbaikan blog ini supaya ia tampak lebih menarik dan berinformasi.

Kami juga boleh dilawati di laman Facebook di sini.



Sekian,
Mohammad Faizal Hassan
Presiden SMF FSK 
Sesi 2012/13